Friday, December 16, 2011

~Sambal Sira Ikan Bilis~



Kalau tengok sambal ni mesti ramai yang teringatkan mak le..teringatkan zaman dok asrama le..dok kolej le..U le..apa pun sambal ni biasanya memang sesuai utk dibawak kemana aje..tahan lama..memang semua suka..act dpt request lagi ..selain dari serunding daging..ni antara menu request sorang kawan..mintak buatkan..utk dibawa bekal ke China hujung minggu ni..terus terang..memang tak pernah buat..so..spt biasa..jumpa makcik sebah jiran terdekat..ajar...n bermula projek..alhamdulillah..jadi jugak akhirnya...sedap..rangup n secukup rasa..n..jom le try buat...

bahan-bahan:

500gm ikan bilis halus(goreng garing)
10 keping tempe(potong kecil2 dan goreng hingga garing)
100 gm kacang tanah(goreng)
20 tangkai lada kering(direbus)/lada boh secukupnya perlu
4 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 sudu besar gula pasir secukupnya kalau suka manis atau tidak
air asam jawa pekat secukupnya
minyak secukupnya untuk menumis
perisa sedikit jika perlu

cara-cara:

kisar bawang besar,bawang putih n lada. Panaskan minyak untuk menumis,dan masukkan bahan kisar..tumis hingga benar2 kering. Masukkan air asam jawa,gula n bahan perisa. Tidak perlu garam kerana air asam jawa n ikan bilis dah cukup masin. Tumis sambal hingga benar-benar kering dengan api yang sederhana..dikacau sekerap mungkin agar sambal kering sekata. setelah benar-benar kering masukkan bahan yg telah digoreng..kacau untuk sebatikan sambal seketika . dan sedia dihidang..Sambal perlu benar-benar sejuk barulah disimpan didalam bekas kedap udara.






2 comments: