Monday, December 12, 2011

~Jom buat serunding daging~




Suka sangat makan serondeng daging..nak makan pun time raya aje le..itupun tunggu mak buat..konon tak pandai...teringat masa kecik2..mak rajin recycle daging masak korma dari kenduri kawin...mak cuci..n mak jadikan serundeng...nanti dok keja ratah aje..pernah masa sekolah..siap bawak balik hostel...ole2 dari kampung..niat nak buat sendiri memang dah lama..tapi lom sampai seru orang kata..kebetulan sahut cabaran geng sekolah..suruh buatkan serunding daging ..utk bekalan dia satu family gi bercuti..so..dgn semangatnya..semlm sempat nuntut ilmu dgn makcik sebah...jiran sebelah yg bagaikan mak sendiri...bahan semua dah beli..daging fresh..beli kat pasar lambak ahad haritu...boleh tahan jugak ghega daging fresh..sekilo rm20.....so..malam tadi projek bermula...n en tarmizi jadi mangsa tolong kacau... n inilah hasilnya...jomlah cuba...ada sertakan resepi sekali secukup rasa sesedap dikata..

Bahan-bahan
1kg Daging Batang Pinang
2 bijik kelapa yang diambil santan pekatnya/500ml santan kotak
2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula
3 sudu besar minyak
sedikit air asam jawa pekat

Bahan A
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
20 Biji cili kering direbus n gunting2
6 batang serai
3 inci halia
*kisar semua bahan A

Bahan B
3 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
3 sudu besar rempah ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
*sangai bahan B dgn sedikit minyak hingga perang sedikit n kisar halus.

Cara Cara
Potong daging sebesar 2 inci dan rebus sehingga air kering. Siat Halus.
Tumis sedikit bahan A dan masukkan santan pekat kedalam kuali serta rempah kisar dan panaskan sehingga sedikit kering. Kemudian, masukkan daging, garam, gula dan air asam jawa,sentiasa kacau dengan api perlahan sehingga kering.
kacau dengan api kecil selama antara sejam hingga 2 jam. serondeng hendaklah benar2 kering supaya tahan lebih lama n lebih sedap..

4 comments:

  1. salam. kak ijan, nak invite kak ijan follow blog zuhai.. ;). tq.

    ReplyDelete
  2. serunding daging ni kalau belah johor masih lum biasa lagi..tapi memang sedap kalau makan ngan roti..yummyy!!!

    ReplyDelete
  3. kita org johor.. every year memang request kat mak serunding daging...sedap pekena dgn pulut kuning atau ketupat...alamak..serunding dah habis..bila le nak ngacau lagi... ;)

    ReplyDelete